Wednesday, February 9, 2011

Cinta - DIA

0 ✿Have something to say? ✿

Petang itu seperti kebiasaan dia 
akan menghabiskan sisa - sisa masanya dipejabat sehinggalah dia dapat menyelesaikan kesemua tugasan-tugasan kerja yang perlu dia siapkan. Akan tetapi debaran hatinya masih belum
 berhenti lagi malah dia rasa debaran 
hatinya itu menjadi semakin kencang. 
Hmmm ada sesuatu yang tak kena ke?

Katanya sambil dia rasa tertanya-tanya pada dirinya---Ah' tensionnya!! kalau beginilah kehidupan tidak lama lagi dia akan sakit mental.

 Seriously hari - hari dia berdepan dengan 
macam-macam jenis masalah tak habis-habis dia yang selesaikan  problem masalah yang "old jimmy"wonder tinggalkan kat dia pun sudah menjadi salah satu daripada masalah hariannya belum termasuk lagi masalah dunia yang perlu dia hadapi kat luar sana.



AH!--aku benar-benar stressssssssed!!! Katanya 
dan dia penat memikirkannya ada baiknya jika dia cari suatu tempat untuk tenangkan fikiran dapat juga dia lepaskan segala rasa tension dan rasa serabut yang masih lagi tersimpan dalam kepalanya itu.. 


Tik..tik..tik jam berdetik dengan begitu pantas waktu sudah pun menunjukkan tibanya masa untuk dia melangkahkan kakinya keluar dari pejabat lagipun tugasan-tugasan kerja yang 
perlu dia siapkan kesemuanya sudah pun selesai..

Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi,

 ‘’I got the feeling that tonight’s gonna be a good night’’ hah! 

panggilan  dari azwan? 
Dia ni mesti nak ajak 
aku lepak kat kedai mamak ataupun 
nak suruh aku belanja makan..

Hello---- kata azwan salam azmi apa khabar hari ini?

azmi: sihat sihat aje..


azwan: kau free tak hari ni?
azmi:  kenapa bro? aku macam biasa petang petang macam ni memang aku free..
azwan:  aku ingat nak ajak lepak sama ni bro..


azmi:  lepak? kat mana? 
azwan:  tempat biasa yg kita lepak tu lah, 
actually aku nak kenalkan kau dengan someone ni ala’ budak yang kau pernah jumpa waktu kita lepak makan-makan kat klcc dulu..


azmi:  siapa pulak ni bro?
azwan:  dak yang pernah lepak dengan kita 
dulu tu..lah? ingat lagi tak?lagi pun aku rasa kau ni macam tak ada seorang pun kawan perempuan ntah ntah kau masih frust lagi ya? hehe..
azmi:  wei aku tak nak lah lepak dengan 
budak tu kau sendiri tahu kan style aku macam mana? walaupun aku takde seorang pun kawan perempuan 
bagiku itu semuanya tidak penting bro 
seriously aku tak kesah sangat pasal tu sebab aku lebih selesa dengan diriku yang sekarang..


azwan:  so macam mana? nak lepak tak?
 jom lah lepak sama-sama bro aku dah sampai keboring yang tahap maximum ni..


azmi:  bro kalau kau nak lepak jugak 
boleh tapi kau jangan bawak budak 
tu boleh tak? aku tak nak kalau ada perempuan ikut sama apa kata kali ni kita lepak just sesama kita? aku okay aje sebab aku rasa malam ni macam ada sesuatu yang bakal akan berlaku padaku haha..
ntah ntah aku akan bertemu dengan dream girl aku kot..


azwan:  lah’ bro kalau betul macam 
tu bagus juga sebab aku tengok engkau 
ni, dari dulu sampai sekarang, still the same masih lagi  frust dengan perempuan kot haha..


azmi:  wei bro sampai hati kutuk gua 
macam tu nanti kalau apa yang aku katakan 
tadi terjadi betul-betul hah’ jangan kata belanja makan kat kedai mamak belanja kat restoran 5 star pun boleh bro haha..


azwan: cool bro alright kalau macam tu kita 
jumpa kat tempat biasa okay salam 

kita jumpa kat sana nanti 
azmi: okey                                          

-----end of  call-----

Ah’ asyik aku aje kena belanja tapi itu 
semuanya tak penting what's most important is tonight aku dapat releasekan tension dan serabut-serabut yang ada kat dalam kepala aku nih.. Huhh pelik juga dari petang tadi aku
 rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku 
kepada diriku ini, haihs apa-apa pun aku akan sabar menunggu dan aku  juga akan pastikan ianya adalah sesuatu yang telah lama aku nanti-nantikan..



Bersambung...



Cinta - DIA

0 ✿Have something to say? ✿


Sesaat “DIA “ rasakan kebahagian yang dulu “DIA” tidak pernah dapatkan  adalah kata-kata indah yang sering terucap dari bibir mereka yang mungkin sedikit dan sebanyak dapat juga meringankan bebannya dan membuatnya lebih berharap pada hari indahnya.

Sejuta sayang telah “DIA” curahkan kepada mereka tanggapannya yang semakin buruk telah digantikan dengan kasih yang tulus dan perkataan indah itu juga telah membuatkan dirinya terhanyut sebentar dalam kebahagiaan yang telah lama di carinya dalam kehidupnya yang selama ini ibaratkan penuh dengan kegelapan.

Tetapi setelah “DIA” menganggap mereka sebahagian daripada hidupnya bermula pada saat itu juga semuanya pun berubah, bukan kerana ada sesuatu perkara yang menganggu fikirannya dan bukan juga itu yang membuat hancur hatinya.

Tetapi apa yang telah membuatnya berfikir terbalik tidak pernah terpikir olehnya mereka akan melakukan perkara sebegitu kepadanya untuk pertama kali dalam hidupnya “DIA” merasa amat tersiksa tanpa tersadar curahan air mata telah membanjiri wajahnya batinnya seperti dirobek-robek bila teringatkan apa yang pernah mereka katakan dulu padanya.

“DIA “ tidak punya hak untuk marah kerana itu kebebasan mereka untuk menyakiti hati setiap orang tetapi apa yang “DIA” mahukan hanya penjelasan dari mereka mengapa mereka sanggup untuk melakukan perkara sebegitu terhadap dirinya, seburuk itu kah dirinya?

“DIA” sedar bahawa semua itu juga kesilapan berpunca darinya, apakah kesalahannya itu terlalu besar bagi mereka?Akan tetapi mengapa, mengapa mereka tidak memberinya satu kesampatan untuk memperbaiki segala silapnya dan tanpa “DIA” ketahui kesilapan dirinya mereka telah menghianatinya. Oh, tuhan mampukah “DIA”..mampukah “DIA” untuk menyayangi insan lain seperti dulu “DIA” menyayangi mereka..



Prologue: 






Kadang-kadang "DIA" rasa tertanya tanya pada dirinya mengapa dunia ini begitu kejam sekali terhadapnya? Di manakah kesilapan dirinya dan kesalahan apakah yang telah dia lakukan sehingga dia diperlakukan sebegitu kejam.

Seolah olah dirinya itu tidak mempunyai perasaan apakah yang harus dia lakukan untuk melupakan segala rasa marah yang sudah lama dia pendamkan kerana dia tidak mahu rasa kemarahan dan kebencian itu akan mengekori dirinya selama-lamanya walaupun tanpa dia mahu.

Dia hanya mampu berserah pada tuhan dan berdoa pada yang maha-esa agar diterangi jiwanya menuju keaarah yang benar "Ya, ALLAH ketemukanlah aku dengan insan yang mungkin bisa merubah kehidupanku" bisik hatinya dan tanpa dia sedarinya curahan airmata pun jatuh mengalir ke pipi.

Kerana semakin lama dia rasa hidup ini semakin tak nyata kehidupannya bagaikan mimpi - mimpi yang tidak pernah terbangunkan, dia sudah tidak mengerti lagi dengan apa ertinya itu kebahagiaan.

Dia juga mempunyai impian sama seperti insan yang lain dia mahu merasa gembira dan dia juga ingin merasa bagaimana rasanya bila diri dihargai dan dikasihi oleh kekasih akan tetapi apa yang dia ingin
kan selalunya tidak pernah kesampaian.

Lalu dia pun membawa diri ke suatu daerah untuk melepaskan segala rasa marah dan segala rasa sakit hati dan keperitan luka yang masih lagi terpendam didalam dirinya itu.

Di 
sana dia menanti akan sesuatu keajaiban yang mungkin akan berlaku dia menanti akan bakal hadirnya seorang insan yang dahulu hanya hadir di alam mimpi dan angan-angannya.

Dia menanti akan hadirnya seorang insan yang bisa mengubah dirinya, insan yang akan memberikannya cahaya insan yang akan menerangi kehidupannya yang selama ini dia rasa bagaikan hidup di dalam dunia yang penuh dengan kegelapan.

Mungkinkah dia akan bertemu dengan insan yang dia mimpi-mimpikan selama ini? apa yang mampu dia lakukan hanya berserah pada takdir dan menanti akan tibanya waktu yang dia nanti-nantikan di mana saat-saat itu mungkin adalah hari yang akan membawa penuh makna dalam hidupnya.

Di sini inginku imbas kembali saat dan tiap detik ketika itu..

Entah kenapa suatu petang itu dia rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya sekejap dia kehulu dan kejap lagi dia kehilir. Dia tidak ketentuan arah katanya Ah!!--kenapa dengan diriku ini? hatinya berdebar debar pantas dia rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku tetapi apa dia? puas dia fikirkan dan kata grrhhh.. tension betul!! apa tidaknya debaran seperti inilah yang sering buatnya tak senang duduk diam mahu sahaja dia gigit jari jemarinya itu tetapi degupan jantungnya masih tidak terkawal ada juga baiknya jika dia buat sesuatu apa lagi yang dia akan lakukan ketika dia menghadapi saat-saat sebegini? seperti kebiasaan sedang dirinya dilanda rasa tension tunggu apa lagi dia melepaskan segala rasa geramnya terhadap dirinya sendiri lalu dia pun menggigit kuku dan jarinya sendiri dan di saat dia sedang sibuk melepaskan geram hati kecilnya itu pun berkata..

"Ahhhh..ganjil pun ganjillah tak ada sesiapapun yang akan kesah..."


   
 

Till The Shiny Day Copyright © 2013 Design by Riesha Myeiszell | Till the shiny day