Sepi seorang perempuan
Submit Date: Monday, March 7 2011 12:31am
Air Mata bagaikan sahabat,
Tiada siapa yang mampu mengerti
Ingin sahaja aku lari hingga hujung dunia
Namun apa daya ku
Kerana aku hanya seorang yang bergelar perempuan.
Perginya bagaikan sebuah mimpi ngeri untuk ku
Biarpun pedih menanggung rindu
Aku harus bangkit melawan kedukaan
Mengalah bukan matlamat ku
Dan aku harus biarkan mendung itu berlalu…
Kini tinggal segala cintaku yang duka
Tiada lagi kata manis yang berbisik di telinga ku
Kerna semuany telah pergi bersama
Sepiku hanya terbuku didalam kalbu
Dan inilah bingkisan sepi seorang yang bernama perempuan..
Puisi Cinta
Submit Date: Monday, March 7 2011 7:43pm
Tiap kali hati memberi jawapan,
Mulut membisu tidak dapat meluahkan,
Kadang-kadang hati ingin bertanya,
Tapi mata pula malu untuk menyapa,
Tak semua perkara boleh diucapkan dengan kata-kata,
Tak semua perkara boleh diperlihatkan dengan bukti,
Ada perkara yang perlu dirasa menggunakan hati,
Ada perkara yang perlu dicurahkan menggunakan perasaan,
Itulah CINTA,
Kerana CINTA lahir dari hati,
Jadi wajarlah hanya hati yang mampu berbicara,
Mampu merasa dan mampu bertanya…
Saya sayang kamu kerana dalam hati kamu ada cinta,
Saya sayang kamu kerana saya dapat merasa hadirnya cinta
itu,
Cinta adalah anugerah yang harus dijaga,
Cinta adalah maruah yang harus dipelihara,
Dan cinta dalam hati saya adalah buat kamu selamanya…
Suara Sepi
Submit Date: Tuesday, March 8 2011 2:15pm
Air mata peneman setiaku dahulu
terlalu banyak luka yang bernanah dan parut yang aku ada
hatiku walang lumpuh terkedu
untuk seketika, aku bersyukur padaMU
rupanya ada yang sudi menjadi matahariku
setia menemani bertemankan sinarnya
Lagak awalmu sudah ku jangka
Kerlingan jauh memaut sukma
Tapi ku naif dalam bercinta
menunggu ada hadirnya cinta
namun, aku kau benci pada mulanya
tanpa sedar adanya cinta berbunga-bunga
anugerah ini sungguh istimewa layaknya
buat gadis yang bernama husna
tapi kini cinta itu mekar kukuh terpatri
aku di ajar bahasa cinta
mengenal erti payah, mengenal erti susah
mengenal erti salah, mengenal erti goyah
taklukilah aku, kerna kau adalah yang terakhir
Jika benar ini jodohnya
kekalkan aku dengan dia selama-lamanya
Sahabat
Submit Date: Tuesday, March 8 2011 5:06pm
Sahabat,
Dimanakah kau,
Aku disini memerlukanmu,
Untuk meluahkan isi hatiku
Yang selama ini menghimpit diriku..
Sahabat,
Sukarnya aku untuk mencarimu,
Kerana kau satu dalam seribu,
Selebihnya juga sahabatku,
Tetapi bukanlah seperti dirimu…
Sahabat,
Kau sahabat dunia akhiratku,
Sentiasa ada disampingku,
Sentiasa member dorongan padaku,
Ketika senang dan susahnya aku,
Ketika kau dekat dan jauh denganku,
Kaulah sahabat sejatiku…
Sahabat,
Terima kasih atas kesetiaanmu,
Yang selama ini ada untukku,
Aku bersyukur kepadaMU,
Semoga KAU membalas jasa baik sahabatku…
Pelangi
Submit Date: Friday, March 11 2011 2:49pm
Pelangi,
Yang indah menyinari kehidupanku,
Yang menyuluh pelita gelapku,
Yang telah kehabisan minyak pelantar,
di malam hari...
Pelangi,
Hadirmu senyap dan sunyi,
Berada ditepi diriku yang keseorangan,
Ditinggalkan kesepian,
menghitung hari-hari yang berlalu..
Pelangi,
Tidak dapat ku ucapkan terima kasihku,
Bagi menyuluh kehidupan kelamku,
Yang membawa cahaya dan senyuman,
serta warna yang menyinari kehidupan ku...
Pelangi,
Tidak dapat ku ucapkan
dengan kata-kata
mahupun lafaz
yang terbit didalam hati dan benak fikiranku,
Tetapi ingatlah wahai pelangi,
Bahawa kau tetap di hatiku,
walaupun hadirmu seketika...
Hidup
Submit Date: Sunday, March 13 2011 1:45am
Belari berkejaran
Mengejar dengan penuh kepenatan
Mencuba mengubah sesuatu
Yang pasti akan memberi kesan
Dalam kehidupan harian..
Mencuba mengubah
Sesuatu
yang pasti tidak munasabah
Tanpa rasa penat
Mengharap sesuatu yang mungkin
tiada pengakhiran
Dengan sepenuh harapan .
Hidup
Yang penuh pancaroba
Di alam yang fana
Penuh dengan
Dugaan
Dan Cabaran
Hidup
Pasti diteruskan
Demi orang yang tersayang
Walaupun pelbagai masalah mendatang
Pasti ditentang.
Seagung cinta bertasbih
By: Rose Johari
Submit Date: Monday, March 14 2011 9:41pm
Cinta,
Semua insan pernah bercinta.
Cinta membuat insannya bahagia,
Cinta membuat insannya gembira,
Cinta juga membuat insannya terluka.
Ada apa dengan cinta?
Bisakah seseorang hidup tanpa cinta?
Apakah Ayat-ayat cinta itu indah?
Bisakah seseorang merasai cinta itu indah?
Mungkinkah seseorang memiliki
Cinta sempurna?
Bisakah seseorang meraih cinta yang sempura?
Apa pun tentang cinta,
Aku yakin dan percaya,
Cinta itu adalah Rahsia ALLAH.
Meski hati ini kuat menginginkanmu,
Namun kuserahkan semua kepada NYA.
Andai dalam Rahsia NYA tertulis nama kita berdua,
Seperti Azzam dan Anna,
Ketika itu akulah insan yang paling bahagia,
Sebahagia Tasbih Cinta,
dan
Seagung Cinta Bertasbih…
Di sini
Submit Date: Sunday, March 20 2011 8:02pm
Di sini,
pertama kali,
aku melangkahkan kaki,
tidak mengenal sesiapa,
untuk didampingi. di sini,
aku belajar berdikari,
tanpa ayah ibu disisi,
aku mula mengerti,
berdiri di kaki sendiri. di sini,
aku mula belajar,
apa erti persahabatan,
kawan dan teman. di sini,
aku belajar sesuatu,
erti persahabatan sering diabaikan,
kepentingan diri diutamakan,
walaupun memakan sahabat sendiri. di sini,
di menara gading inilah,
pelajaran berharga aku dapati,
belajar melalui sikap manusia