Monday, September 12, 2011

Not feeling well

6 ✿Have something to say? ✿
Not feeling well again * I don't like this..

Thursday, September 8, 2011

Lembaran semalam - Tercipta Untukku

8 ✿Have something to say? ✿
Aku teringat kembali kenangan kita bersama walau sudah berkurun lamanya namun persisnya bagaikan semalam ia berlaku, setelah itu aku kembali mengimbau kenangan yang indah mewangi peristiwa suatu petang dahulu dikelilingi awan biru yang mewarnakan hari ku itu..

Kalau tak silap waktu itu aku mengajukan pertanyaan ini kepadamu. Sayang, bukannya kau tidak tahu sudah lama aku menantikan saat – saat ini. Rasanya kau sendiri pun sudah tahu tentang apa yang aku hasratkan itu? dan aku juga pasti bahawa kamu juga mempuyai hasrat yang sama seperti diriku bukankah begitu sayangku? Ujar diriku ketika itu.

Iya benar, aku akui memang sudah lama aku menantikan saat dan waktu sebegini, untuk menyambut lebaran bersama dirimu.  Namun apakan daya oleh kerana tanggungjawap dan amanah keluarga yang kau harus  utamakan terlebih dahulu ternyata harapan  dan hasrat untuk menyambut hari  yang mulia dan  begitu juga saat yang kita sama- sama nantikan itu dengan serta - merta t'lah bertukar menjadi sesuatu yang hambar untuk dirimu dan begitu juga aku, apa yang berlaku pada hari itu sebenarnya agak mengecewakan diriku.

Kerana mahu ataupun tidak aku harus akur untuk menerima kenyataan bahawa mungkin aku akan menyambut hari yang mulia itu tanpamu disampingku.  Tak apa sayang, katamu lantas dengan sedaya - upaya coba untuk menenangkan diriku” jangan sedih please sayangku princess.. abang berjanji hari ketiga raya nanti abang datang sambut bersama sayang ya? Abang akan minta cuti selama seminggu untuk kita luangkan masa bersama nanti. “
Cakap aje dengan abang kemana sayang nak pergi abang akan bawa sayang pergi ketempat tu ya? Tapi sebelum itu maafkan abang sebab tak dapat nak kotakan janji abang pada sayang, katamu padaku lalu memegang erat kedua-dua tanganku.  

“Just this time sweetheart? I’ll promise next year it’s You & I we’ll be together again” dan selepas itu kau pun mencium dahiku lalu memujuk aku yang sedang merajuk ketika itu, rasa geram yang aku simpan terhadapmu tanpa paksaan telah bertukar menjadi senyuman dan dengan begitu cepat engkau berjaya untuk memujuk diriku.

Kalau difikirkan balik pada awal lagi sebenarnya aku sudah tahu tentang pekerjaanmu sebagai seorang captain kapal tanggungjawap yang dipikul olehmu itu adalah amat berat. Berlayar di lautan yang luas kadang-kala mahu ataupun tidak kau harus berlawan dengan ombak-ombak buas yang datang dan juga pergi itu untuk memastikan kapal yang berlayar di bawah tanganmu akhirnya akan sampai jua dengan selamat ke destinasi yang hendak dituju.

Alhamdullillah, walaupun pada mulanya aku agak keberatan untuk menerima perkerjaanmu tetapi lama - kelamaan setelahku fikir balik sepatutnya aku seharusnya sentiasa bersamamu dimana jua dirimu berada, aku akan setiasa ada untuk memberikan kata - kata  perangsang dan juga semangat agar kau bisa meneruskan perjuaganmu tanpa apa-apa halangan demi mencapai matlamat dan juga impian kita selama ini, kerana aku tahu setiap apa yang kau lakukan itu semuanya bukan di atas dasar kepentingan dirimu malah setiap usaha dan juga kerja kerasmu itu, segala yang kau lakukan hasilnya akan memberi satu manfaat yang baik kepada masa depan kita berdua juga dihari kelak nanti.

“ Hun…I’m not mad or anything I’ll do understand the situation and whatever decisions that we both have to made under any circumstances I accept it” 

“Don’t worry we still have lot’s of time right?  So don’t feel bad about it, know this I will always be there waiting for you honest and strong love and there’s nothing more to doubt about it okay? “


Wring.. Wring.. Wring “Tonight I will love love you tonight Give me everything tonight For all we know we might not get tomorrow Let's do it tonight I will love love you tonight Give me everything tonight Fo”r all we know we might not get tomorrow Lets do it tonight.. ”

Macam aku kenal bunyi ini kataku yang sedang lena diulit mimpi lama juga aku berguling – guling atas kamarku sambil memeluk teddy bear kesayanganku itu..

Kali ini aku rasa bunyi yang kudengar tadi semakin kuat seolah-olah bunyi itu seperti berada dalam kepalaku. Oh no!! Aku tersedar dari tidur dengan serta merta aku bangun dari kamarku kemudian mengapai blackberry torchku yang tersorok dibawah bantal tidurku itu, jangan kata ringtone dengan vibrate sekali turut mengejutkan aku yang masih lagi dalam keadaan mamai itu.

Alamak!!! Kataku sambil mengaru kepala sendiri rupanya dari tadi lagi telifon bimbitku itu memekak takhenti-henti, 5 missed call?? Sepantas kilat aku menekan keypad unlock sambil berteka – teka ni mesti  panggilan dari si dia, baru aku ingat hari ini sepatutnya pukul 11 pagi tadi aku dah bersiap sedia. 

Ahhh, macam mana ni? Rambut nak cuci lagi mesti mengambil masa yang agak lama untuk bersiap, tak lama kemudian telifon bimbitku berbunyi lagi..

“Tonight I will love love you tonight Give me everything tonight For all we know we might not get tomorrow Let's do it tonight I will love love you tonight Give me everything tonight Fo”r all we know we might not get tomorrow Lets do it tonight.. 

Hello…?? Kataku.. arrrgh sorry sayang I just wake up!! My bad, semalam I tidur lewat I can’t sleep keep thinking about you, actually tak sabar.. he he gelakku..

Dia :  Ala, ingatkan sayang dah siap dah, kalau macam tu takpelah abg pun baru lepas sembahyang, sekarang ni abang nak balik rumah dulu, ambil ketupat yang abang sempat buat untuk sayang semalam katamu lalu mengusikku. 

Actually tahun ni, abang bersyukur sangat pada ALLAH akhirnya tercapai juga impian kita untuk menyambut hari yang mulia ini bersama – sama termakbul juga impian abang untuk membuktikan kat sayang bahawa segala  janji – janji  yang abang pernah lafazkan dulu walaupun sedikit lambat tapi abang tetap akan tunaikan! 

Aku:  Terima Kasih sayangku atas segalanya, percayalah segala pengorbananmu terhadapku tak akan ku sia-siakan sayang. Thanked god finally It’s YOU & I.. I’m really happy sweetheart.

Sebelum abang letak telifon “ I just want you to know that I love you so much, forever and always” tunggu abang kat rumah jangan pergi mana – mana pulak, nanti kejap lagi abang datang..  Alright see you soon”!!  phone hang up.


Selepas 20min kemudian.. Lonceng rumah berbunyi “ ding dong “ sepantas kilat aku berlari menuju ke pintu luar  dan membuka pagar. Selamat hari raya Aidilfitri sayangku maaf  zahir dan batin akhirnya abang dah buktikan kat sayang janji – janji abang dulu, untuk masakkan sayang ketupat dan rendang abang sendiri yang masak tau!!! kalau tak percaya nanti abang email kat sayang gambar waktu abang buat ketupat ni.

He made this for Her :)

Khas buat insan yang abang sayang..

Ketika itu aku dengan perlahan-lahan mengapai bungkusan yang dibawa oleh insan yang amat aku sayangi itu, Saat itu diri ini terasa bagai hendek menitiskan airmata bukan kerana ada sesuatu yang tidak kena, tapi waktu itu aku rasa gembira sangat sebab selama diri ini hidup kat dunia belum pernah aku ketemui insan sepertinya yang sanggup untuk melakukan apa saja semata – mata mahu melihatku selalu tersenyum dan juga gembira. 
Aku memegang dengan erat tangan kanannya dan selepas mencium tanganya aku pun memohon maaf di atas segala kekhilafan diriku selama kami bersama.
Dan aku bersyukur sangat kepada ALLAH kerana pertemukan aku dengan seorang insan yang sungguh mulia hatinya yang begitu menyanyangi diriku bagaikan menatang minyak yang penuh. Sayang semoga hubungan kita berkekalan hingga keakhir hayat..
   
 

Till The Shiny Day Copyright © 2013 Design by Riesha Myeiszell | Till the shiny day