Perjalanan kehidupan ini
begitu penuh dengan jalan
yang berliku-liku melalui jurang
yang kadang tak bisa untuk dilepasi
kerana waktu itu telah sampai
kesatu titik penghujung
yang mana ia tidak mungkin
dapat diputarkan kembali
Apa ada pada cinta yang cuma
berpaut pada janji palsu
meninggalkan jejak tak bertapak
dipinggiran rindu
kerana aku akan kedaerah
yang tidak bermusim lagi
setandus sahara digurun pasir
Lalu aku hanya sekadar musafir jalanan
yang kehausan dan setelah lelahku hilang
aku akan meneruskan perjalananku
mungkin disitu aku akan ketemui
sebuah mimpi kerana tidur ini tak seindah
dahulu lagi dan aku benar-benar pasti
yang mana ini adalah realiti
Biarlah ianya begitu hanya kerana
mimpi itu adalah dirimu
yang sentiasa menemani setiap malamku
walaupun kutahu suatu masa nanti
ianya pasti akan berlalu pergi
Namun aku kan sentiasa menunggu
menjadikan diriku seorang perindu
pada kisah yang lalu kerana
dimana bumi berpijak
kutetap seperti dahulu
yang sentiasa diburu bayanganmu
Dan jika cinta itu ibarat satu lautan
maka hati adalah kapal yang berlayar
di atasnya apabila ribut melanda
menengelamkan hati kedasar jiwa
yang tak berpenghuni
menanti sebuah harapan
yang tiada kepastian dan menatap
ke atas langit yang sepi
sesepi kasih disudut hatimu.